Yamaha charity ride by Ann Seng Motor 15 Mac 2025, bersama Geng XMAX Kluang.

YAMAHA CHARITY RIDE ANN SENG MOTOR 2025

Charity ride ke ๐—ฆ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐——๐—ข๐—›๐—ข๐—ž bagi mengadakan aktiviti mengecat bangunan sekolah dan memberikan sumbangan kepada sekolah serta anak-anak murid disanaย ๐Ÿค—ย Selepas itu, destinasi terakhir charity ride, untuk ๐—บ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ถ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ง๐—ข๐— ๐—ฌ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—ฅ ๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š.

Ketibaan para Geng XMAX Kluang di Ann Seng Motor dan taklimat diberikan oleh Mr. Han dan ketua geng tersebut.

Selepas selesainya sesi taklimat tersebut, para Geng Xmax Kluang mula bertolak ke destinasi seterusnya iaitu SK Seri Sedohok yang jaraknya lebih kurang 45 minit. Ride ini diketuai oleh Captain Isa yang merupakan guru besar kepada sekolah itu.

Sekali lagi Captain Isa berucap dan menerangkan tentang sekolah SK Seri Sedohok kepada semua geng-geng tersebut. Kemudian, sesi menyerahkan sumbangan dan cenderahati kepada pihak sekolah dan murid-murid pun berlangsung. Para murid sekolah tersebut turut dapat duit raya daripada Ann Seng Motor.

IMG_7754
IMG_7781
IMG_7787

Sesi bergambar dengan murid-murid SK Seri Sedohok dan Geng XMAX KLuang.

Selesai habis sesi bergambar, semua orang melibatkan diri dalam program mengecat bangunan SK Seri Sedohok.

Destinasi terakhir untuk Yamaha Charity Ride by Ann Seng Motor di Restoran Tomyam Sahabat MISR Kluang, Johor. Untuk berbuka puasa bersama Geng XMAX Kluang.

Terima kasih yang sebesar-besarnya kepada Geng Xmax Kluang atas sokongan dan penglibatan yang luar biasa dalam Yamaha Charity Ride 2025! Tanpa semangat kekitaan dan komitmen padu dari Geng Xmax Kluang, acara ini pasti tidak akan berjalan dengan lancar.

Keterlibatan anda semua dalam tujuan mulia ini sangat dihargai dan memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus bergerak bersama dalam membantu mereka yang memerlukan. Semoga semangat ini terus hidup dan memberi impak positif kepada komuniti. Terima kasih sekali lagi, Geng Xmax Kluang!